Malaysia, Indonesia tingkat kerjasama pelaburan, komoditi

1 Apr 2022 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JAKARTA - Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia.

"Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) PDI di Istana Merdeka pada Jumaat.

Menyentuh mengenai kelapa sawit, Ismail Sabri berkata, kedua-dua negara bersetuju agar harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport utama minyak sawit dan menguasai sebahagian besar pasaran eksport minyak sawit dunia. - Bernama