
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) menjangkakan beberapa cabaran dengan pembukaan semula sempadan negara dan peralihan kepada fasa endemik pada Jumaat (1 April).
Komander Esscom, DCP Hamzah Ahmad berkata aktiviti jenayah rentas sempadan dikhuatiri meningkat berbanding ketika sempadan ditutup semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


