
SANDAKAN: Seorang majikan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana gagal mendaftarkan syarikatnya kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh 30 hari seperti yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja.
Majistret Herlina Muse memerintahkan Andi Juhana Andi Appa, 40, membayar denda itu selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 12.40 tengah hari pada 1 April 2019 di sebuah kafe di Sejati Walk, di sini.
Andi didapati melakukan kesalahan itu apabila pegawai Perkeso memeriksa kafe berkenaan.
Kesalahan di bawah Seksyen 94(g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 Akta sama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
