Instagram kini pentingkan kredit kepada pencipta kandungan, video dari Tiktok akan kurang diberi ruang

Digital
24 Apr 2022 • 4:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Instagram perkenalkan ciri baharu yang nampaknya mementingkan kredit kepada pencipta kandungan asal. Pertama ialah Product Tags. Ciri ini sudah lama tersedia tapi kini ia boleh digunakan oleh semua pengguna. Jadi anda bolehlah tag produk yang ada di dalam gambar atau video anda.

Kedua ialah Enhanced Tags. Sebelum ini, mana-mana akaun di Instagram memang dibenarkan untuk di-tag pada gambar dan video yang telah dimuat naik oleh seseorang. Tapi, kini ada penambahan padanya. Akauan yang di-tag kini boleh menambah lebih identiti. Contohnya, anda merupakan seorang jurugambar, jadi apabila seseorang tag anda pada gambar, bukan saja nama anda akan tertera malah ia turut akan sertakan pekerjaan anda iaitu Photographer.

image is not available

Untuk wujudkannya, anda boleh tetapkan diri anda kepada kategori tertentu pada bahagian profil. Berikut merupakan caranya:

  1. Buka profil, tekan Edit Profile
  2. Pilih Switch to professional account

image is not available

  1. Tekan Continue
  2. Akhir sekali pilih kategori terbaik yang menggambarkan anda

Video TikTok di Reels akan turun ranking

Ketiga ialah peringkat keaslian (Rangking for originality). Jika anda adalah pengguna yang mencipta sesuatu kandungan itu dan perkara itu adalah idea asal anda, jadi anda seharusnya menerima lebih kredit, berbanding pengguna yang kongsi sesuatu ditemui daripada orang lain. Tidak pasti bagaimana ianya berfungsi, tapi Instagram akan mencuba lebih lagi untuk menghargai kandungan asli.

Meta telah menjelaskan bahawa ia melihat Facebook dan Instagram sebagai platform tumpuan untuk pencipta kandungan. Reels adalah teras kepada usaha ini dan ia kini tersedia di seluruh Facebook dan Instagram. Tapi sesiapa yang menggunakan Reels pasti akan rasa seperti ianya adalah klon TikTok. Lebih-lebih lagi apabila kandungan sama dari Tiktok disiarkan semula dan ada logo Tiktok. Jadi, satu cara untuk Instagram menghilangkan amalan tersebut nampaknya adalah dengan merendahkan pengguna itu daripada ranking, kerana video tersebut tidak dihasilkan olehnya di Instagram.

TikTok cenderung menjadi tempat trend atau meme baru tercipta. Mungkin kerana kandungan di sana lebih menyeronokkan, maka ramai yang ambil dan kongsikannya semula di Instagram. Jika Instagram dan Facebook ingin menjadi platform yang digunakan oleh ramai pencipta kreatif maka mereka perlu lakukan sesuatu untuk hasilkannya. Mungkin menambah baik ciri editing yang ada, sediakan bayaran kepada pencipta Reels atau menetapkan algoritma video yang dilihat penonton lebih baik seperti di Tiktok.

[Sumber: TheVerge]