Tiada rakyat Malaysia terlibat letupan gas, nahas bas di Mesir

14 Apr 2022 • 11:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswannpada Rabu.

Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan hal ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: mwcairo@kln.gov.my.

Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved