Beats Studio Buds Kini Hadir Dalam Tiga Warna Baharu

TechnologyDigital
13 Apr 2022 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beats Studio Buds dilancarkan tahun lalu sebagai fon telinga bluetooth Apple yang paling serasi digunakan pada peranti Android. Tidak seperti AirPods yang sukar dikustomasi, Studio Buds hadir dengan aplikasi Android yang membolehkan perisian dikemaskini dan kawalan lebih terperinci. Hari ini ia ditawarkan dalam tiga warna baharu Sunset Pink, Ocean Blue, dan Moon Gray.

image is not available

Dengan ini Studio Buds boleh dibeli dalam enam pilihan warna kesemuanya berbanding hanya satu pada AirPods. Harga jualan kekal RM629 untuk set lengkap. TWS menyokong sistem pembatalan hingar aktif ANC dan kemampuan kalis air IPX4. Ia boleh beroperasi sehingga 8 jam atau sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecas.