ESMOD 2020 Mempersembahkan Fesyen ‘Eclectitsch’

9 Apr 2022 • 3:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pertunjukan Fesyen ESMOD Kuala Lumpur 2022 (ESMOD 2022) menyaksikan pelbagai busana yang menakjubkan, hasil rekaan dan ciptaan para graduan ESMOD Kuala Lumpur.

Berlangsung di Shoppes, Four Seasons Place, edisi kali ini menyaksikan hasil kerja tahun akhir kumpulan FD1903 yang terdiri daripada 19 pereka fesyen muda.

Mereka mempamerkan reka bentuk luar biasa dengan tema ‘Eclectitsh’. Gabungan perkataan ‘eclectic’ dan ‘kitsch’ mewakili tema yang disatukan bagi membentuk satu suasana yang pelbagai.

Ia mempersembahkan koleksi yang dibahagikan kepada empat kategori seperti Nouvelle Couture, Pakaian Wanita RTW (Mewah), Pakaian Wanita RTW dan Pakaian Lelaki RTW.

image is not available

Antara koleksi-koleksi yang dipersembahkan adalah ‘Women Are More Than That’ oleh Wong Nee Co yang mentakrifkan semula peranan asal wanita.

Koleksi ‘Empowering the Queens’ oleh Fong Hui Yi pula menyampaikan mesej setiap wanita adalah ratu yang bukan hanya cantik dan anggun, malah kuat dan berkuasa.

Koleksi ‘The Back of Beyond’ oleh Eugene Chow mengisahkan tentang kehidupan seorang introvert yang lebih senang menikmati suasana keseorangan.

Manakala, koleksi ‘Testimony of the Ancient’ oleh Eunice Ong Xiao Qing mendapat ilham daripada seni bina gothik di Inggeris pada abad ke-16. 

image is not available

Ryan Lee Chi Yeng menampilkan koleksi ‘An Antonian Affair’ yang menggambarkan kehidupan Rom purba yang dicemari wabak.

Selain itu, koleksi ‘Embracing Growth’ oleh Samantha Low Jia En menceritakan tentang kisah mencari kegembiraan dalam hiruk-pikuk semasa membesar.

Koleksi ‘Soul Speak’ oleh Jacy Chia Kia Cheng pula mengisahkan tentang isi hati manusia serta banyak lagi koleksi-koleksi yang melewati pentas ESMOD tahun ini.

Panel juri terdiri daripada beberapa nama terkenal dalam industri fesyen tempatan seperti Bernard Chandran, Bon Zainal dan ramai lagi. 

image is not available
Bernard Chandran bersama keluarganya di ESMOD 2022

ESMOD Kuala Lumpur merupakan sekolah fesyen swasta yang berada di bawah payung sekolah fesyen berprestij, ESMOD iaitu sekolah fesyen pertama dan tertua di dunia. 

Terletak di Paris, Perancis, sekolah fesyen ini berusia lebih 180 tahun. Para pelajar ESMOD Kuala Lumpur dipupuk dengan pendidikan reka bentuk dan fesyen warisan Parisian.

Mereka bukan sahaja mempelajari sukatan pelajaran berasaskan fesyen yang komprehensif, malah teknik praktikal dan pembuatan yang diketuai pereka fesyen terkemuka dari Paris.

Layari ESMOD Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut. – Getaran, 9 April 2022

Gambar: ESMOD Kuala Lumpur