
Kota Kinabalu: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) pada Isnin melancarkan Pelan Strategik KSTI 2022-2025 bagi memenuhi matlamat menjadikan Sabah sebuah negeri berteknologi tinggi, sejajar dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Menterinya Datuk Yakub Khan yang merasmikan pelancaran itu berkata, pelan strategik berkenaan sebagai panduan dalam menetapkan hala tuju untuk melahirkan masyarakat berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang teknologi digital, mewujudkan masyarakat yang intelek, kreatif dan inovatif melalui perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sumber manusia mengikut keperluan industri di Sabah.

