Guru Diminta Elak Buat “Live” Melalui Media Sosial Ketika Sedang Mengajar

TechnologyDigital
25 Apr 2022 • 10:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Pendidikan kini telah mengarahkan para cikgu seluruh negara supaya tidak melakukan dan mengelak daripada membuat siaran langsung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Hal ini kerana ia turut memberikan kesan terhadap pembelajaran oleh seseorang murid – termasuk segan untuk menjawab dan sebagainya, kerana ia mungkin ditonton oleh orang luar, dan takut tersilap.

Pada masa yang sama, memandangkan apa yang dikongsikan atas talian akan kekal selamanya, maka kesan sesuatu video terhadap seseorang pelajar juga mungkin adalah besar.

Menteri Pendidikan mengatakan mereka telah memaklumkan kepada guru-guru supaya mengelak berbuat demikian, dan akan turut mengeluarkan pemakluman kepada guru berkenaan perincian berkaitan siaran langsung ketika mengajar.

Pada masa yang sama, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) turut mengatakan penggunaan media sosial khususnya membuat siaran langsung ketika waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved