Tempat Pelupusan Mercun Di Sentul Terbakar

26 Apr 2022 • 8:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kelihatan asap menjulang tinggi susulan kebakaran di tapak pelupusan mercun di Sentul Work, petang tadi. - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Tapak pelupusan mercun di Sentul Work dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

image is not available
Anggota Bomba memadam kebakaran di tapak pelupusan mercun di Sentul Work, petang tadi. - Gambar ihsan Bomba KL

image is not available
Beberapa biji kenderaan rentung dalam kebakaran di tapak pelupusan mercun di Sentul Work, petang tadi. - Gambar ihsan Bomba KL

image is not available
Keadaan di tapak pelupusan mercun di Sentul Work. - Gambar ihsan Bomba KL

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video dimuat naik dengan memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan bagi melihat kejadian dan kedengaran bunyi dentuman mercun dalam video berdurasi tiga minit 32 saat.

Warganet turut berkongsi bahawa mereka turut merasai gegaran susulan letupan kuat mercun itu. - Bernama