
Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan masyarakat yang ingin pulang ke kampung untuk melakukan ujian pantas antigen (RTK) kendiri.
Dalam ciapan di Twitternya, orang ramai diminta untuk melaporkan keputusan ujian RTK tersebut di aplikasi MySejahtera.

“Data keputusan ujian kendiri sangat penting bagi survelens Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Covid-19 masih menular di komuniti.
“Pesan kepada orang tua untuk ambil dos penggalak dan anak anda terima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak (PICKids),” katanya di sini tadi.
Dalam pada itu Khairy Jamaluddin memberitahu, bagi sempadan darat dengan Thailand dan Brunei untuk mereka yang kerap berulang alik, kedua-dua negara tersebut belum beri kata putus.
Tambahnya lagi, Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima pengembara dari Thailand dan Brunei.

“Ramai yang tanya juga tentang prosedur operasi standard (SOP) untuk sempadan darat dengan Thailand dan Brunei untuk yang kerap berulang alik.
“Malaysia sudah sedia sepenuhnya untuk menerima penggembara tersebut. Namun pihak Thailand dan Brunei masih minta tunggu dahulu,” ujarnya.
The post Lakukan RTK kendiri sebelum balik kampung first appeared on UMMAHToday.

