Varian Hibrid Omicron BA.1 dan BA.2 Dikenali Sebagai XE Muncul di Thailand

Health & Fitness
5 Apr 2022 • 7:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Thailand telah merekodkan kes pertama varian hibrid Omicron yang dikenali sebagai XE yang merupakan campuran bagi Omicron BA.1 dan BA.2.

image is not available

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang akan tahap jangkitan varian tersebut dan berkemungkinan varian XE lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal walaupun tahap jangkitannya masih lagi dalam kajian.

 

Di Britain, 637 kes varian XE dikesan dan Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) memaklumkan bahawa tiga mutasi gabungan Omicron iaitu XE, XD dan XF adalah dalam pemantauan.

Enam mutasi gabungan Omicron bagi BA.1 dan BA.2 iaitu XE, XG, XH, XJ, XK dan XL yang masih lagi dalam kajian.

Menurut UKHSA, XE adalah 9.8 peratus lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal (B.1.1.529) lapor Kosmo Digital.

image is not available 5 hari lalu

"Ingat Dah Endemik Dah.." - Netizen Sangka Fasa Endemik Bermula 1 April, Ini Penjelasan KJ