Pasangan Mengaku Bersalah Curi Gelang Emas, Bakal Beraya Di Penjara

25 Apr 2022 • 3:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Padah mencuri seutas gelang tangan emas Dunhill seberat 36.76 gram milik sebuah kedai emas, pasangan kekasih dipenjara selama enam bulan.

Mahkamah Majistret Kuala Pilah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Efendi Sanusi Gunarto dan Nur Sabrina Khairul mengekalkan pengakuan bersalah.

image is not available

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tertuduh wanita masuk ke sebuah kedai emas pada 8 April lalu dan berpura-pura mahu beli gelang emas.

Tertuduh bertindak melarikan gelang tangan bernilai RM10,000 dibantu tertuduh lelaki yang menunggang motosikal Yamaha berwarna merah.

Selepas laporan dibuat, pihak polis berjaya menjejaki suspek sebelum ditahan di Pudu, Cheras, Kuala Lumpur.

Kredit: Kosmo! | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.