KLIA Mula Menguji Teknologi Pengecaman Wajah, Ganti Pas Penerbangan

TechnologyDigital
11 Apr 2022 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada Januari 2022 lepas, KLIA telah mengatakan bakal melaksanakan teknologi pengimbasan wajah untuk memudahkan pengguna bergerak dari lapangan terbang ke pintu penerbangan dengan mudah dan pantas. Kini, akhirnya, KLIA dilihat telah memulakan pelaksanaan rintis untuknya.

Buat masa ini, ia diuji melibatkan penerbangan MH1438 ke Langkawi. Pengguna perlu terlebih dahulu daftar untuk imbasan wajah di kaunter, dan seterusnya boleh terus melalui pintu penerbangan dengan mudah.

image is not available

Daripada video yang dipertontonkan, ia menunjukkan pengguna hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mendaapat pengesahan dan melepasi pintu.

Menurut Malaysia Airports, mereka tidak menyimpan sebarang gambar wajah pengguna, dan akan memadam semua data tiga jam selepas penerbangan berlepas dari KLIA.

image is not available

Buat masa ini, ia dilihat pada peringkat ujian, dan mungkin akan diimplementasi sepenuhnya berdasarkan maklumat awal pengguna.