RM8.3 juta diperuntukkan kepada penjawat awam Kelantan Sempena Aidilfitri: MB

21 Apr 2022 • 2:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM8.3 juta pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada kira-kira 11,400 penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob(gambar) bagaimanapun berkata jumlah sebenar penerima mungkin lebih kerana proses pengiraan masih berjalan termasuk kakitangan kontrak dan tenaga pengajar di pondok tahfiz.

“Bayaran bantuan khas kewangan ini akan diberikan sebelum Hari Raya supaya mereka (penjawat awam) dapat berbelanja serta meringankan sedikit beban tanggungan,“ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Pasukan Keselamatan dan Ketua-Ketua Jabatan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, Ahmad mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu bermula gred 56 dan ke bawah.

Sebanyak RM500 turut diberikan kepada Penghulu Mukim, Penghulu Tanpa Mukim Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), Pegawai dan Guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras ICT DUN dan Penyelaras Armalah serta kepada setiap guru pondok di Kelantan.

Selain itu, RM250 pula diberikan kepada guru Al-Quran, guru Fardu Ain dan Guru (Mudaribbah) Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK).-Bernama