Datin Lee Menyerlah Lagi Hari Raya Ini

16 Apr 2022 • 9:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Menyulam estetika yang sama untuk koleksi Raya tahun ini, Khoon Hooi mempersembahkan Khoon Hooi Raya 2022 Bespoke Collection.

Dia membayangkan muse, Datin Lee sedang santai di dalam rumah agamnya yang berinspirasikan elemen tradisi dan moden yang indah.

Untuk Raya 2022, koleksi ini meraikan budayanya dengan sentuhan kontemporari. Ia memberi penghormatan kepada budaya Peranakan dengan seleksi kebaya Nyonya yang mesti dimiliki.

Seperti kebaya yang diberi nama Budiwati ini, bahagian atas sengaja direka pendek, disandingkan bersama kain satin kegemarannya.

image is not available

Kerongsang berhias berbentuk bunga menutupi penampilan yang berani dan elegan tersebut.

Selain daripada penampilan serba sopan, musim perayaan tidak lengkap tanpa penampilan yang sesuai dengan aktiviti kunjung-mengunjungi.

Dari Kurung Pahang hinggalah ke Kurung Kedah, siluet tradisional ini diserikan lagi dengan perincian menarik.

Jom intai koleksi Khoon Hooi Raya 2022 seperti di bawah:

image is not available

Maharani

Buat mereka yang inginkan pertembungan tekstur dan warna. Bahagian atas kebaya direka pendek dengan renda disandingkan bersama kain titik polka dalam warna biru lembut.

image is not available

Aditrana

Bukan kerawang biasa, fabrik renda bertali digunakan untuk membuat potongannya. Ia dipadankan dengan kain berjalur dan kerongsang untuk tambahan gaya.

image is not available

Marshanda 

Ilham daripada Kurung Pahang, rekaan ini bermula dengan bahagian atasnya yang mempunyai potongan siluet A, lengkap dengan kain berlisu. Hiasan ros mutiara menambahkan elegan.

image is not available

Kirana

Tampil dalam warna hijau dan hitam, bahagian atas kebaya bersulam ini diperbuat daripada fabrik kerawang berjalur. Kerongsang kristal dan mutiara menyerikan lagi penampilan.

image is not available

Tara

Dihiasi dengan cetakan harimau, Tara hadir dalam lengan kembang dramatik. Lihat lebih dekat, anda akan melihat batu-batu kristal yang melatari baju kurung kontemporari ini. 

Layari Khoon Hooi untuk maklumat lanjut. - Getaran, 16 April 2022

Gambar: Khoon Hooi

View Original Article