Anda budak twitter? Jikalau ya, mungkin berita tentang pemilikan jenama ini tidak mendatangkan kesan kepada anda. Ataupun sekiranya anda celik kewangan, ianya satu impak yang boleh membawa Twitter ke satu tahap yang lain.
Billionair Elon Musk mengumumkan membeli sebahagian saham Twitter untuk menjadi ahli lembaga pengarah di situ. Ini adalah permainan yang biasa dibuat bagi orang yang memiliki kekayaan luar biasa. Namun, Elon Musk berpendapat syarikat Twitter tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Dengan tindakan beliau untuk menjadi lembaga pengarah adalah langkah untuk merombak semua cara operasi jenama kepada kebebasan bersuara dengan lebih terbuka.
Kalau kita lihat daripada cara beliau mengawal atau menggunakan media sosial untuk perkuatkan pengaruh beliau adalah bagus. Mari kita ulas sedikit tentang isu yang hangat diperkatakan ini:
Kuasa media sosial
Elon Musk mempunyai lebih dari 80juta pengikut di akaun Twitter. Bukan sahaja beliau adalah usahawan, tetapi juga ‘influencer’ dalam media sosial. Mungkin produk kereta beliau baru sahaja masuk ke pasaran Malaysia, tetapi dunia seakan mengikut apa sahaja yang akan di hantar melalui akaun twitter sahaja.
Duit Adalah Kuasa
Memang betul duit adalah segalanya. Namun jangan pula kita diperhambakan oleh duit. Trend sekarang menunjukkan wang dan material adalah perkara biasa untuk usahawan. Sebenarnya bukan itu sikap usahawan yang sebenarnya. Untuk menjadikan duit itu adalah kuasa, portfolio anda di saham atau aset lain yang bernilai itu adalah kekayaan sebenar. Nak tahu lebih lanjut boleh belajar ilmu kewangan.
Dalam isu ini, Elon Musk menggunakan kekayaan yang ada untuk menjadi lembaga pengarah dengan sekelip mata. Jika tawaran yang diberikan olehnya dipersetujui, maka wang itu akan menjadi salah satu pemilikan syarikat yang terbesar di dunia. Ikan besar memakan ikan kecil.
‘Unfair Advantage’
Dalam Bahasa Melayu ianya adalah kelebihan yang tidak adil. Ya, Elon Musk adalah dari latar belakang yang kaya. Oleh itu, dia menggunakan kelebihan yang ada untuk menjana lebih banyak wang untuk syarikatnya. Nilai dirinya sendiri mencecah billion dollar. Ini juga tidak menjadikan beliau selesa dengan apa yang dimiliki sekarang.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
