Cip ISP Vivo V1+ Akan Digunakan Pada Vivo X80

TechnologyDigital
21 Apr 2022 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo akan melancarkan cip ISP terbaru mereka V1+ pada hari pelancaran Vivo X80 pada 25 April hadapan. Ini ialah cip ISP kedua keluaran sendiri selepas cip V1 dilancarkan tahun lalu. Cip ini unik kerana boleh digunakan bersama SOC Snapdragon 8 Gen 1 dan MediaTek Dimensitty 9000. Vivo melakukan kerjasama dengan MediaTek bagi memastikan V1+ serasi dengan cip mercu tersebut.

image is not available

Ini berbeza dengan yang dilakukan Oppo dimana cip MariSilicon X mereka yang boleh digunakan bersama Snapdragon 8 Gen 1. Menurut Vivo, V1+ membawakan ciri mengambil gambar pada waktu malam walaupun pada keterangan bawah 1 lux. Imej kini 16% lebih terang dan warna lebih tepat sebanyak 12%. Pelancaran Vivo X80 dinantikan kerana kemampuan fotografi peranti tahun lalu dengan lensa Zeiss agak mengagumkan.