IPT tidak dibenarkan naikkan yuran: KPT

30 Apr 2022 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik Covid-19.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Sabtu menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.

"Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, KPT menetapkan moratorium ke atas yuran pengajian bagi IPT atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved