Vivo Y33T: model lebih baik berbanding Y21T di bawah RM1,000

Digital
4 Apr 2022 • 11:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, Vivo Y21T. Kini mereka mengumumkan ketibaan satu lagi peranti yang hampir serupa, Vivo Y33T. Kedua-duanya menggunakan cip Snapdragon 680 dan ada banyak lagi spesifikasi lain yang sama.

Telefon yang baru dilancar ini telah dijual di Malaysia mulai 2 April 2022 dengan harga berikut:

  • Vivo Y33T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999

image is not available

Khas untuk pembeli awal antara 2 hingga 17 April 2022, akan turut menerima hadiah percuma berupa jaminan tambahan tahun kedua serta sekotak hadiah. Vivo Y33T boleh didapati di Stor Online Vivo Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Vivo Y33T

image is not available

Cip Snapdragon 680 digunakan sebagai kuasa penggerak utama di Vivo Y33T. Cip ini turut digunakan di Vivo Y21T, Realme 9i dan Xiaomi Redmi Note 11. Bagi Vivo Y33T, ia dibekalkan RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS 2.1 128GB. Ia juga ada keupayaan RAM maya sehingga 4GB dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Kelebihan utama Vivo Y33T berbanding Y21T adalah skrin, kerana ia datang dengan skrin LCD HD Penuh berukuran 6.58-inci, serta kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari ada di sisi, dan skrin ini ada takuk kecil.

image is not available

Kamera belakang telefon ini serupa dengan Y21T iaitu kamera utama 50MP, dan dua kamera 2MP untuk potret dan makro. Kamera hadapan baik sedikit, menggunakan sensor 16MP.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dipasang di dalam Vivo Y33T dan ia menyokong pengecasan pantas 18W, menerusi USB-C. Pengecas 18W dan kabel USB-C diberikan di dalam kotak.

image is not available

Sistem operasi yang digunakan pada Vivo Y21T adalah FunTouch OS 12, berasaskan Android 12. Ada tiga pilihan warna disediakan untuk Vivo Y33T iaitu hitam, biru dan emas.

Bacaan Berkaitan