Kumpool Kini Ditawarkan Di Petaling Jaya – Perkhidmatan Seru-Pandu Berkumpulan, Pada Harga Serendah RM1

TechnologyDigital
12 Apr 2022 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kumpool Ride, salah satu perkhidmatan seru-pandu van kini telah pun mula beroperasi di Petaling Jaya – membolehkan orang ramai menaikinya untuk destinasi sekitar Petaling Jaya, pada harga RM1 setiap kali menaikinya.

Kumpool Ride sebelum ini telah mula beroperasai di Johor Bahru, tetapi kini turut diperluaskan di Subang Jaya dan juga Petaling Jaya.

image is not available

Ia dilihat ingin menjadi alternatif kepada bas, disamping memudahkan orang ramaia melakukan tempahan menggunakan aplikasi khusus – dan seterusnya menuju ke stesen khas untuk menaiki Kumpool Ride. Buat masa ini, Kumpool Ride meliputi sekitar 120 hentian di Petaaling Jaya, selain mempunyai ratusan hentian di Subang Jaya dan Johor Bahru.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Kumpool hari ini, dan menggunakannya sebagai pengangkutan anda.