Selain Kurma, Ini Antara 10 Makanan Yang Memberi Tenaga Selepas Berbuka Puasa

Health & Fitness
7 Apr 2022 • 6:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Saat berbuka puasa pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam yang berpuasa bagi mengembalikan kembali tenaga setelah seharian menahan lapar dan dahaga.

Pemilihan makanan yang berkhasiat juga amat penting kerana jika seseorang itu memakan makanan yang tinggi lemak, gula atau serat ia akan menyebabkan perut kembung dan terlalu kenyang.

Sebagai info, ini adalah 10 jenis makanan yang terbaik untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

1.Kurma

image is not available

Sumber : Google  

Kurma merupakan sumber tenaga terbaik di mana ia mengandungi lebih daripada 60 gram karbohidrat untuk 100 gram kurma selain mempunyai nutrien seperti kalium, magnesium, vitamin B dan juga kalsium.

2.Pisang

Selain mudah dicerna, pisang mempunyai serat yang membantu melambatkan perncernaan gula dalam buah tersebut.

3.Avocado

Avocado mengandungi protein dan serat yang dapat mempertahankan tahap tenaga pada setiap hari selain mempunyai lemak baik yang dapat meningkatkan tenaga.

4.Hati Lembu

image is not available

Sumber : Google  

Memiliki kandungan B12 lebih tinggi berbanding daging lembu di mana sepotong hidangan tersebut mengandungi 1.5mcg vitamin B12 berbanding hati lembu dengan berat sama mengandungi 60mcg B12.

5. Ikan Berlemak

Ikan seperti salmon, sardin dan tuna merupakan sumber proten dan vitamin yang baik dan mudah dicerna tubuh sehingga dapat memberikan tenaga berpanjangan.

Selain itu, ia juga mempunyai kandungan Omega-3 yang dapat meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan keradangan dalam tubuh.

6.Telur

Sebiji telur rebus mengandungi 6 gram protein, 5 gram lemak selain vitamin dan mineral yang membantu menjaga tubuh agar tetap bertenaga dan berasa kenyang dengan lebih lama.

7. Sayuran hijau

image is not available

Sumber : Google  

Pilih sayuran yang berdaun hijau gelap kerana ia mengandungi nutrisi yang lebih banyak selain antioksidan yang mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan lebih cepat.

8. Ubi

Kaya dengan serat dan karbohidrat, anda boleh memilih variasi ubi seperti ubi kentang, ubi keledek dan sebagainya.

9. Oat

Semangkuk oat boleh mengembalikan tenaga berikutan hidangan tersebut kaya dengan serat, mineral, vitamin dan fenolik.

10. Yogurt

Yogurt merupakan hidangan terbaik buat mereka yang gemarkan makanan berasaskan susu dan kaya dengan kandungan protein, lemak dan karbohidrat yang mampu memberi tenaga.

Selamat mencuba!

image is not available 4 minggu lalu

Nasi Lemak Pun Kalah! Bubur Ayam Indonesia Terpilih Antara Makanan Terbaik Asia Tenggara