Tourism Selangor: Diskaun sehingga 50 peratus di Matta Fair 2022 hujung minggu ini

8 Apr 2022 • 1:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Tourism Selangor mempelawa orang ramai mengunjungi tapak pameran di Matta Fair 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hujung minggu ini.

Pengurus komunikasi korporat Tourism Selangor berkata terdapat 12 gerai destinasi pelancongan terlibat dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.

“Antara yang terlibat ialah Mitsui Outlet Park, Selangor Fruit Valley, Wet World Shah Alam, Gamuda Cove, Maeps Serdang dan Sky Mirror. Majlis Perbandaran Kuala Selangor juga terlibat kerana terdapat banyak tarikan di daerah tersebut.

“Penglibatan di Matta Fair juga bertujuan mempromosi kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ dengan menawarkan pakej pelancongan negeri kepada orang awam pada harga istimewa,” kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat kepada Selangorkini.

Pada 17 Disember 2020, Tourism Selangor melancarkan kempen pelancongan domestik ‘Pusing Selangor Dulu’ bagi menarik minat rakyat tempatan untuk melancong ke negeri ini.

Kempen yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar turut memperkenalkan aktres Che Puan Juliana Evans sebagai duta pelancongan Selangor.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri memfokuskan usaha menarik pengunjung domestik menerusi pelancongan eko, agro, sukan, taman tema dan beli-belah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved