Ten Hag kena tiru cara Arteta

Football
29 Apr 2022 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI baharu Manchester United, Erik ten Hag perlu mencontohi cara pengurus Arsenal, Mikel Arteta sekiranya dia berhasrat ingin mengubah nasib The Red Devils, menurut Paul Scholes.

Malah, bekas pemain tengah Manchester United itu menegaskan, Ten Hag harus mengambil pendekatan tidak masuk akal sama seperti dilakukan Arteta sejak pengendali kelahiran Sepanyol itu mengambil alih tugas di Emirates.

“Dia mengendalikan Ajax Amsterdam dengan sangat baik. Dia juga mempunyai pengalaman yang sangat baik, bekerja dengan Pep Guardiola di Bayern Munich.

“Namun, tugas di Manchester United adalah 10 kali ganda tugas di Ajax Amsterdam. Semua mengetahui bahawa Ajax Amsterdam adalah kelab terbaik dalam saingan liga Belanda malah sentiasa begitu.

“Manchester United pula kelab bola sepak dunia dan dia perlu menerima kritikan pada masa-masa tertentu kerana itulah cara di sini. Saya fikir dia mempunyai sekumpulan pemain berbakat tetapi perlu membuat kumpulan pemain ini percaya kaedahnya.

“Dia harus menjadi pengurus yang tegar sedikit seperti Arteta di Arsenal, dia melakukan kerja membina semula Arsenal dan mengambil tindakan yang tidak masuk akal,” kata Scholes.

Ten Hag dilantik pengurus baharu United akan mengambil alih tugas pada hujung musim ini mewarisi skuad tidak seimbang, merupakan pengurus tetap kelima United sejak Sir Alex Ferguson bersara pada 2013.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved