Teruk Kita Kena Fitnah! Wakil Indonesia Ke UNESCO Sahkan Malaysia Tak Pernah Claim Reog Ponorogo

Politics
12 Apr 2022 • 2:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
reog ponorogo

Benda tiada isu tapi dijadikan isu. Itulah apa yang sering terjadi antara negara kita Malaysia dengan Indonesia selepas selalu berselisih faham dengan banyak isu. Ini semua bermula dari orang atasan dan media yang terlalu cepat ingin menyampaikan berita tanpa usul periksa.

Korang mesti tahu tentang isu tarian Reog Ponorogo yang trending di Indonesia sekarang. Ini selepas Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy telah mendakwa Malaysia mahu menuntut tarian tersebut. Disebabkan itu, ahli seniman Indonesia dan rakyat mereka menjadi marah dan mula mengecam Malaysia.

image is not available
Muhadjir Effendy

Rakyat Malaysia turut berasa hairan kerana kebanyakan kita tidak pasti apa itu tarian Reog Ponorogo dan merasakan mustahil negara kita mahu menuntut tarian terbabit.

Selepas teruk dikecam, akhirnya Wakil Delegasi Indonesia, Prof Ismunandar telah memperbetulkan salah faham ini apabila menegaskan Malaysia tidak pernah mengemukakan sebarang tuntutan kepada UNESCO untuk menjadikan tarian itu sebagai budaya Malaysia.

Dalam pada itu, Ismunandar turut menjelaskan tarian yang direkodkan di UNESCO tidak bermakna ia adalah paten budaya.

Berikut penjelasan penuh Prof Ismunandar

Harapnya semua ini terjawab dan rasanya wakil dari Malaysia juga boleh tampil menjelaskan perkara sebenar kerana kita tidak mahu negara kita terus difitnah.

Kredit: Metro News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media