Imej Pengolokan Set Kepala AR/VR Project Cambria Dari Meta Quest Tertiris

TechnologyDigital
15 Apr 2022 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta atau dulu dikenali sebagai Facebook sedang sibuk menjadikan konsep metamesta satu realiti baharu. Ia adalah realiti maya generasi baharu dan mengharapkan semua orang boleh menyertainya dan ia akan menjadi satu norma baharu.

Dengan metamesta ini juga, Meta akan memfokuskan banyak ciri NFT termasuk memperkenalkannya melalui Facebook. Untuk menjayakan metamesta ini, Meta bergantung kepada pasukan Meta Quest yang dulu dipanggil Oculus. Meta Quest juga akan hadir dengan produk seperti kaca mata AR yang turut mempunyai sokongan interaksi hologram.

Tahun lepas, mereka telah pun mengacah Project Cambria. Ia adalah set kepala AR/VR atau realiti bercampur (mixed reality) dalam kategori mercu yang mempunyai teknologi baharu. Terkini, imej pengolokan untuk set kepala baharu Meta Quest ini telah didedahkan memperlihatkan lebih banyak butiran daripada pelbagai sudut.

image is not available

Set kepala ini dikhabarkan akan mempunyai dua panel mini-LED 2.48-inci 2160×2160, mempunyai beberapa elemen lensa pankek, menyokong penjejakan kepala dan mata, dan dikatakan akan dilancarkan sekitar tahun ini juga. Rekaan ini dikatakan besar kemungkinan adalah rekaan akhir untuk produk ini. Ia juga antara produk yang akan memfokuskan kepada metamesta.

image is not available