Realme Pad Mini Kini Rasmi Dengan Skrin 8.7-inci, Dijana Cip Unisoc

TechnologyDigital
4 Apr 2022 • 9:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Realme Pad Mini

Realme kini telah memperkenalkan satu lagi tablet dibawah penawaran mereka, dengan saiz mesra dipegang sebelah tangan, iaitu Realme Pad Mini.

Realme Pad Mini hadir dengan skrin LCD bersaiz 8.7-inci, dan dijana dengan cip Unisoc T616 – sama seperti cip yang menjana Realme C35 sebelum ini.

image is not available

Ia turut hadir dengan pilihan memori sehingga 4GB RAM, serta storan sehingga 64GB. Realme menyertakan bateri 6400mAh dengan pengecasan 18W bersama dengannya. Realme Pad Mini ini menggunakan kamera 8-megapixel dibelakang, selain kamera 5-megapixel dihadapan.

image is not available

Melengkapkan ia juga adalah antaramuka khusus dinamakan Realme UI for Pad.

Buat masa ini, ia telah diperkenalkan di Filipina. Tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved