Covid-19: MRSM Muar ditutup seminggu

10 Apr 2022 • 8:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula Sabtu selepas 30 pelajar didapati positif Covid-19.

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas.

"Kemudian pada hari kelima, ujian saliva telah dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif Covid-19.

"Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif telah dibuat di tempat yang ditetapkan malah pengasingan serta-merta juga telah dilakukan atas nasihat PKD Muar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Penutupan MRSM berkenaan juga disahkan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved