Vivo X Fold Lancar, Ini Satu Lagi Pilihan Bagi Telefon Pintar Jenis Skrin Boleh Lipat

Digital
12 Apr 2022 • 12:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penantian bagi sebuah telefon pintar jenis skrin boleh lipat dari vivo akhirnya berakhir selepas ianya dilancarkan semalam dengan nama X Fold.

Namapun boleh lipat dan sekiranya dibuka, skrin telefon pintar ini akan jadi sebesar 8.03 inchi yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate tau. Pergh! Memang puas hati.

image is not available

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 serta bateri berkapasiti 4,600mAh yang menyokong 66w pengecasan pantas. 

image is not available

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 50 megapixel sensor utama + 48 megapixel ultra lebar selain sensor lain.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya ada di pasaran China sahaja. Ada yang berkenan tak tu?

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.