Fedtri Yahya Kurang Senang Artis Ajak Pelajar Tahfiz Menyanyi, Berjoget Atas Pentas

Music
21 Apr 2022 • 3:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fedtri Yahya kurang senang artis ajak pelajar tahfiz menyanyi dan berjoget

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya kurang senang melihat gelagat segelintir artis yang membuat persembahan sewaktu majlis berbuka puasa.

Menerusi Instagramnya, Fedtri Yahya menceritakan pengalamannya melihat sendiri kelakuan penyanyi yang dijemput ke majlis berbuka puasa mengajak anak-anak yatim dan tahfiz untuk berjoget bersama mereka di atas pentas sebaik sahaja kanak-kanak ini selesai menunaikan solat Maghrib.

Sekarang dah banyak aktiviti buka puasa yang panggil anak yatim, anak-anak tahfiz, dan terkejut saya bila mana pernah berlaku, ada persembahan di pentas lepas berbuka, lepas solat Maghrib tu, ada yang menyanyi lagu raya, berjoget.

Tapi yang paling terkejutnya bila mana orang yang menyanyi, orang yang berjoget tu panggil pulak anak-anak yatim dan tahfiz yang baru lepas balik surau untuk berjoget melompat bersama.

Fedtri menambah perbuatan seperi itu tidak manis untuk dilakukan ketika berada di bulan yang mulia ini.

Dia turut menasihatkan agar penyanyi yang diundang seeloknya menjaga adab mereka supaya tindakan itu tidak mengaibkan diri sendiri serta pusat tahfiz yang terlibat.

Jadi kita yang buat persembahan ni kena ada common sense, kena ada pertimbangan. Yang sesuai, kita rasa sesuai. Yang tak sesuai jangan buat sebab nanti akan mengaibkan diri kita dan juga menjatuhkan reputasi anak yatim dan tahfiz itu sendiri.

Kredit: Instagram Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media