Manchester United sambar khidmat Ten Hag

Football
21 Apr 2022 • 8:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MANCHESTER United menamakan pengendali Ajax Amsterdam, Erik ten Hag sebagai pengurus baharu The Red Devils bagi menggantikan bos sementara Ralf Rangnick bermula hujung musim ini, kata kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus pasukan utama lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari akhir musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan untuk melanjutkan satu tahun lagi,” kata Manchester United dalam satu kenyataan.

Ten Hag merupakan pengurus tetap kelima dilantik kelab gergasi Inggeris tersebut sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 selepas David Moyes, Luis van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Rangnick mengambil alih sebagai pengurus sementara pada November berikutan pemecatan Solskjaer dengan persetujuan untuk terus menjadi perunding selama dua tahun.

Ten Hag, 52, dilantik Ajax semasa kempen 2017-18 berjaya membawa kelab Belanda tersebut merangkul kejuaraan liga Belanda pada 2019 dan 2021 serta separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019.

Pengendali kelahiran Belanda itu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan skuad simpanan Bayern Munich sebelum ini dikaitkan perpindahan ke United.

Dalam pada itu Ten Hag berkata, adalah satu penghormatan dilantik sebagai pengurus Manchester United dan sangat teruja dengan cabaran baharu.

“Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat para penyokong. Saya benar-benar berazam untuk membangunkan sebuah pasukan yang mampu memberikan kejayaan sepatutnya.

“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas mengharungi musim-musim luar biasa namun saya boleh memberi jaminan kepada para penyokong Ajax, komitmen dan fokus saya adalah untuk membawa kelab ini ke penghujung yang cemerlang sebelum saya berpindah ke Manchester United," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved