Buka dobi layan diri tanpa lesen, lelaki didenda RM600

14 Apr 2022 • 3:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat semalam kerana mengusahakan dobi layan diri tanpa lesen.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjelaskan majistret menjatuhkan hukuman denda RM600 atau lima hari penjara, bagaimanapun lelaki terbabit membayar denda tersebut.

“Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007,” tulisnya di Facebook.

Dalam pendakwaan lain, dua individu didenda selepas meletak kereta tanpa membayar cas parkir di bawah peraturan Perenggan 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKL 2007.

“Tertuduh Masing-masing didenda sebanyak RM150 dan RM100,” tambahnya.

Mulai 1 April, MPKL menggunakan sistem Smart Selangor Parking melalui telefon bimbit bagi memudahkan pengguna tanpa perlu mencari mesin membayar parkir dan tanpa menggunakan kupon.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved