Potong Q, terima saman

9 Apr 2022 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SERDANG - Polis menahan mengeluarkan 20 saman terhadap pemandu kenderaan yang memandu secara berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada kenderaan lain dalam operasi di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) pada Khamis.

Pegawai Turus Zon Tengah B Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Amir Che Ya berkata, melalui operasi yang bermula jam 6 petang itu, pemandu terbabit dikesan memandu laju sebelum memotong Q.

image is not available

Amir memberitahu, melalui operasi oleh sepasukan Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Kesas, JSPT Bukit Aman dan Konsesi Kesas itu juga sebanyak tujuh saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki lesen memandu, lesen tamat tempoh serta nombor plat 'fancy'," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi itu memfokuskan penguatkuasaan berkaitan kesalahan potong Q selain memastikan tiada halangan lalu lintas.

Tambah beliau, pengguna lebuh raya dinasihatkan tidak memandu terutama ketika dalam keadaan letih dan mengantuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved