
Kota Kinabalu: Penduduk kampung yang terlibat dalam projek ekonomi berasaskan komuniti di Kg Marakau, Ranau, diberi rangsangan pendidikan dan peningkatan kemahiran semasa satu bengkel baru-baru ini.
Bengkel anjuran pusat kelestarian libatsama masyarakat (PKLM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menyaksikan Komuniti Bombon mendapat ilmu yang lebih baik mengenai lima topik utama.
