
Kota Kinabalu: Peserta Unduk Ngadau Tuaran digesa supaya kembali kepada pakaian tradisional Suang Lotud dan sanggul rambut tradisional.
Membuat gesaan tersebut, aktivis seni, budaya dan tradisi Suang Lotud, Dee Layun berkata, sudah tiba masanya untuk komuniti Lotud mengekalkan dan mempertahankan keaslian pakaian mereka.
“Pakaian Suang Lotud yang tidak dimodenkan hendaklah dipakai semasa pertandingan akhir pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Daerah dan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
