Turun Berat 18kg, Ini Rahsia Kurus Sherry Alhadad!

12 Apr 2022 • 8:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pengacara popular, Sherry Alhadad berjaya menurunkan berat badan sehingga 18kg setelah konsisten melakukan senaman dan menjaga pengambilan makanan sihat.

Sherry mengakui, perubahan itu tidak berlaku sekelip mata. Banyak usaha dan aktiviti yang dilakukan secara konsisten selama tujuh bulan termasuklah meninggalkan minuman bergula dan bersoda kesukaannya.

image is not available

“Saya mempunyai badan berisi sejak kecil, jadi saya memang akan ke gimnasium untuk kekal cergas. Selain itu saya juga ada mengambil produk sampingan dan jaga makan. 

“Dulu kalau singgah mamak, mesti beli milo ais. Sekarang saya dah tak minum air bergas dan kurangkan minum manis. Banyak minuman dan makanan yang saya suka dahulu saya dah tinggalkan,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

image is not available

Mengakui pernah beberapa kali gagal dalam usaha untuk mengurangkan berat badan sebelum ini, Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular  itu bagaimanapun mengambil iktibar dengan mengumpulkan kawan-kawan yang mempunyai misi serupa dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Kadang-kadang kita ada kawan yang suruh kita makan dan musnahkan diet kita. Jadi, penting untuk kita cari kawan-kawan yang sokong supaya kita lebih bersemangat.

“Saya ada kawan-kawan yang turut berkongsi misi yang sama. Kadangkala kami mendaki bukit. Cuba bayangkan kalau nak mendaki bukit seorang diri, lambat lagi nampaknya,” katanya ketawa.

image is not available

Bukan itu sahaja, Sherry turut menafikan tanggapan usaha kurusnya ini adalah bertujuan untuk mendapatkan jodoh. 

“Saya tak kurus untuk dapat kekasih. Kalau seorang lelaki menyukai saya, dia mesti terima saya seadanya. Tapi setakat hari ini belum ada lagi yang mendekati memandangkan saya sendiri pun sangat sibuk. 

“Mungkin orang ingat saya suka melawak dan anggap saya tak serius. Saya faham juga. Doakan saya ya,” katanya menutup bicara. - Getaran, 12 April 2022

Gambar: Instagram Sherry Alhadad & TARA

View Original Article