Fitbit Menerima Kebenaran FDA Untuk Mengimbas Ritma Jantung Secara Pasif Bagi Mengesan AFib.

TechnologyDigital
12 Apr 2022 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kekurangan jam tangan pintar dan penjejak kesihatan di pasaran ialah ia tidak menyokong ciri mengesan AFib dari awal sebelum berlaku serangan jantung. Ini adalah antara sebab mengapa jualan Apple Watch lebih tinggi berbanding pesaing. Google tidak lagi ingin terus hanya mengekori dari belakang dan kini peranti Fitbit telah diberikan kebenaran oleh Agensi Dadah dan Makanan (FDA) untuk mengimbas ritma jantung secara pasif untuk mengesan AFib.

image is not available

Fitbit diberikan kebenaran menggunakan algoritma PPG (photoplethysmography) terbaru untuk mengesan AFib berdasarkan kajian jantung yang telah dilakukan sejak 2020 yang disertai 455,699 peserta. Ujian menunjukkan algoritma PPG Fitbit mempunyai ketepatan mengesan AFib sekitar 98% jika dibandingkan dengan pad ECG.

image is not available

Dengan kebenaran diberikan oleh FDA, Fitbit akan menawarkan ciri mengesan AFib pada produk mereka yang mempunyai ciri mengesan nadi jantung yang telah dipasarkan. Sebelum ini hanya Fitbit Charge 5 mempunyai sensor ECG untuk melakukan pengesanan yang sama.

FDA hanya memberikan kebenaran untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Jadi kepada pengguna di pasaran lain, Fitbit perlu mendapatkan pengesan dari setiap bahan kesihatan negara peranti ingin dipasarkan terlebih dahulu.

View Original Article