Rangnick sah jurulatih baharu Austria

Football
29 Apr 2022 • 10:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Manchester United, Ralf Rangnick secara rasmi diumum sebagai jurulatih skuad kebangsaan Austria, namun beliau tetap akan meneruskan peranannya sebagai perunding The Red Devils.

Rangnick menyertai United sebagai pengurus sementara pada November tahun lalu dan akan menggalas tugas selaku penasihat selepas jurulatih Ajax, Erik ten Hag dilantik sebagai pengurus tetap baharu The Red Devils.

“Saya akan mengambil alih sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria pada penghujung musim tetapi akan meneruskan jawatan perundingan saya dengan Manchester United.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu United kembali ke kekuatan sebenar,” katanya yang akan memulakan tugas baharunya pada penghujung Mei nanti.

Persekutuan Bola Sepak Austria memaklumkan, Rangnick diberikan perjanjian kontrak dua tahun yang akan dilanjutkan kepada empat tahun jika beliau berjaya membawa Austria layak ke pusingan akhir Euro 2024.

“Kami sangat gembira kerana dapat menarik seorang pakar dalam bola sepak antarabangsa,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Austria, Gerhard Milletich.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved