Pengusaha kafe IPT digesa tidak naikkan harga makanan 

17 Apr 2022 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah menggesa pengusaha kafe di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak menaikkan harga makanan.

Presidennya David Chan berkata tinjauan pihaknya mendapati ada pengusaha kafe IPT mendadak menaikkan harga makanan sekembalinya mahasiswa ke kampus awal bulan ini.

Beliau mendapati majoriti mahasiswa terkesan disebabkan kenaikan harga makanan.

“Persatuan Pengguna berpandangan perkara ini terjadi disebabkan peningkatan harga bekalan mentah di pasaran seperti ayam, telur, minyak dan roti yang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga khususnya di universiti.

“Persatuan Pengguna mengesyorkan pemberian subsidi kepada pengusaha kafe di universiti supaya kenaikan harga barangan mentah tidak mempengaruhi harga makanan di universiti,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan kerajaan negeri untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah kenaikan harga makanan di kafe IPT.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.