Pemandu parah, kereta terbelah dua

27 Apr 2022 • 9:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Seorang pemandu cedera parah selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Glenmarie di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 1.19 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari Subang menghala Lebuhraya Persekutuan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

image is not available

"Kereta tersebut terputus dua dan bahagian hadapan terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakang terbakar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang parah dirawat oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved