#ProjectLoveSneaker Hulurkan Kasut, Hulurkan Kasih!

1 Apr 2022 • 9:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Malik Skydsgaar, Unsplash

Sama ada anda seorang pelari maraton profesional, mahupun pelari biasa di taman-taman, akan tiba masanya kasut larian anda sampai ke penghujung jalan. 

Tiada kasut yang kekal selama-lamanya. Menurut pakar, purata jarak penggunaan kasut larian adalah kira-kira 400 batu atau 644 kilometer. 

Namun, walaupun ia sudah kurang sesuai untuk aktiviti berlari, anda masih boleh menyumbangkannya kepada rakyat miskin di Honduras dan Haiti sebagai modal perniagaan. 

Ia dapat membantu dan memberi peluang perniagaan kecil kepada mereka untuk menjual kasut larian terpakai tersebut melalui #ProjectLoveSneaker.

image is not available
Gambar: Running Lab Malaysia

#ProjectLoveSneaker ialah satu kempen menderma kasut yang membolehkan komuniti pelari di Malaysia mengitar semula kasut larian mereka yang sudah ‘bersara’ secara bermaruah.

Bermula pada 2010 di Singapura, projek kebajikan anjuran Running Lab ini semakin mendapat tempat di hati bukan sahaja komuniti pelari, malah masyarakat awam.

Tahun demi tahun, Running Lab komited dalam menyebarkan kepentingan kempen yang bermakna ini kepada lebih ramai orang dan sukarelawan. 

Sehubungan itu, mainkan peranan anda dengan menyumbangkan kasut larian terpakai anda di Running Lab Pavilion atau The Gardens Mall bermula 1 hingga 30 April 2022 ini.

Sebagai penghargaan, anda akan mendapat baucar berjumlah RM150 sebagai ganjaran kepada sumbangan anda tadi.

image is not available
Gambar: Wells Chan, Unsplash

 

5 Soalan Lazim

#1 Apakah kriteria kasut yang ingin didermakan?

Kasut larian yang bersih, tidak terlalu lusuh dan masih dalam keadaan yang boleh digunakan. 

Semua bahagian kasut mestilah utuh dan tidak koyak. Tidak boleh ada lubang pada tapak atau bahagian badan kasut. Tapak kasut tidak boleh haus sepenuhnya.

#2 Adakah kasut sukan selain kasut larian diterima?

Ya, boleh diterima selagi masih dalam keadaan yang baik.

#3 Adakah kasut kanak-kanak diterima?

Kasut kanak-kanak boleh diterima, asalkan ia dalam keadaan yang baik.

#4 Adakah kasut kanvas seperti Converse atau Vans diterima?

Tidak diterima kerana ia bukan kasut sukan atau kasut larian.

#5 Adakah but bola diterima?

Tidak diterima. 

Layari Running Lab Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 1 April 2022

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved