Trump Ikrar Tidak Akan Kembali Ke Twitter

26 Apr 2022 • 1:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar AFP

NEW YORK - Bekas Presiden Amerika Syarikat, berikrar tidak akan kembali ke Twitter meskipun jika akaunnya dikembalikan susulan pembelian platform berkenaan oleh hartawan Elon Musk pada Isnin.       

Sebaliknya Trump menyatakan akan menggunakan platformnya sendiri iaitu Truth Social, meskipun ia hanya digunakan sekali sejak dilancarkan pada Februari.

"Saya tidak akan mengguna Twitter, saya akan kekal pada TRUTH," kata Trump, menurut FoxNews.com, sambil menambah Musk adalah 'orang yang baik' yang akan menambah perkhidmatan.

"Kami menerima berjuta-juta orang, dan apa yang kami temui ialah respons mengenai TRUTH jauh lebih baik daripada berada di Twitter. Twitter mempunyai bot dan akaun palsu, dan kami melakukan segala yang kami mampu," katanya kepada rangkaian berkenaan.

Trump, Twitter telah mengharamkan Trump seumur hidup berikutan risiko 'melanjutkan hasutan keganasan' selepas sekumpulan penyokongnya menyerbu Capitol Amerika pada Januari 2021. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved