Saban hari, semakin banyak bentuk kewangan diberikan kepada rakyat Malaysia di kala fasa peralihan ini. Semua golongan tidak terkecuali terutamanya golongan usahawan kecil dan pelajar. Lapisan masyarakat yang di bawah inilah harus diberi perhatian dan syabas kepada yang telah mendapat bantuan. Ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak yang beban yang dipikul sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
Dengan menunggu kehadiran Aidilfitri yang bakal tiba, sumber bantuan untuk golongan yang susah pastinya dapat mengurangkan beban mereka. Baju baru, duit raya dan penyediaan makanan semuanya memerlukan wang untuk operasi. Namun begitu, kita harus juga sedar bahawa banyak juga pihak syarikat gergasi mula ambil langkah berjaga-jaga.
Sebagaimana perniagaan besar mengambil langkah berjaga-jaga, tidak ketinggalan juga untuk politik. Baru-baru ini, sidang Dewan Rakyat mengumumkan satu akta yang melarang ahli parlimen untuk lompat parti. Situasi seperti ini dianggarkan pilihan raya bakal menjelang tidak lama lagi.
Apa Akan Berlaku Sekiranya Pilihanraya?
Memang akan menjadi tanda tanya kepada kita semua. Pergolakan dalam politik dilihat negara kita menjadi kurang stabil di mata dunia. Ini memberi kesan kepada kepercayaan orang ramai terhadap pemimpin negara ini. Lihat sahaja beberapa parti telah wujud dengan agenda mereka yang tersendiri. Sejak gerakan Sheraton, ahli politik masih menggunakan sentimen yang sama dengan menjatuhkan pemimpin parti yang lain.
Suasana yang dahulu masih lagi segar dalam arena politik masa kini. Artikel ini tidak memihak kepada sesiapa, tetapi hanya mahukan kemajuan kepada tahap kemiskinan bandar yang kian meruncing. Luar bandar mungkin kurang kesannya kepada mereka, kerana tahap pendapatan mereka masih lagi baik. Cuba kita lihat di sekeliling bandar utama di Malaysia. Masih lagi tidak berganjak dan ramai lagi tidak mencapai tahap pendapatan yang tinggi.
Oleh itu, jikalau pilihanraya kali ini akan berlaku dalam masa terdekat, kita hendaklah memilih dengan bijak. Dengan adanya gerakan akta yang melarang ahli parlimen untuk rentas parti, ianya akan menjadi sesuatu yang baik untuk politik kali ini.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

