Tol percuma selama 2 hari sempena Aidilfitri, ini senarai lebuhraya yang terlibat

25 Apr 2022 • 4:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan satu insentif menarik sekiranya anda ingin pulang beraya ke kampung halaman pada tahun ini. Akan ada lebuhraya yang tidak akan mengutip tol pada tarikh-tarikh tertentu. Inisiatif tol percuma ini akan berlangsung pada:

  1. 12 tengah malam 30 April 2022 (Sabtu) hingga 11:59 malam 1 Mei 2022 (Ahad)
  2. 12 tengah malam 7 Mei 2022(Sabtu) hingga 11:59 malam 8 Mei 2022 (Ahad)

Bukan semua tol akan memberikan pengecualian tol untuk semua kelas kenderaan. Ada sesetengah yang berikan diskaun 50% ataupun 30% sepanjang tempoh tersebut. Berikut adalah senarai lebuh raya dengan kadar diskaun yang diberikan.

image is not available

Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 3 dan 4 Mei 2022. Menariknya, pada tahun ini, cuti Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad dan cuti gantian akan diberikan pada hari Isnin 2 Mei 2022. Makanya, pada minggu Hari Raya, hanya 5 & 6 Mei sahaja hari bekerja.