Melaka Bina Tarikan Baharu, Taman Tema Biawak Bernilai RM8 Juta!

28 Apr 2022 • 4:02 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Melaka sememangnya terkenal sebagai negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan.

Terbaharu, Bandar Bersejarah itu bakal membangunkan Taman Sigua atau Biawak yang berkonsepkan sebuah taman tema bernilai RM8 juta!

Pembinaan taman tersebut adalah sebagai langkah penjenamaan semula kepada Taman Lanun atau ‘Pirate Park’ di Jalan Tun Ali, Kampung Bunga Paya Pantai yang sudah ditutup sebelum ini akibat masalah kerosakan peralatan.

image is not available

image is not available

Menurut CEO Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Datuk Murad Husin kerja-kerja pemulihan taman berkenaan dijangka bermula tahun ini sebelum kawasan itu akan ‘dihidupkan’ semula.

Taman Sigua berkenaan bakal menjadi sebuah tarikan terbaharu yang akan menyumbang kepada produk utama iaitu Melaka River Cruise (MRC).

image is not available

“Kita dah bincang untuk jenamakan semula ‘Pirate Park’ ini sebagai Taman Sigua yang mana sigua ini sebenarnya biawak yang memang banyak di Sungai Melaka, jadi kita namakannya Taman Sigua, dengan imej biawak itu.

“Dulu ‘Pirate Park’ itu lebih kepada permainan, tapi sekarang kita nak ubah Taman Sigua menjadi taman tema dengan anggaran kos RM8 juta yang mana semua pelancong yang naik MRC selepas ini akan berpeluang ke taman itu dengan pakej-pakej menarik,” katanya.

image is not available

Tahun 2022 ini Melaka menyasarkan seramai 700,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatan MRC.

Untuk rekod -- suku pertama pada Januari sehingga Mac sahaja MRC telah merekodkan 167,688 pengunjung melebihi daripada sasaran ditetapkan 145,000 orang.

image is not available