MPAJ sedia perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma hingga 30 April

19 Apr 2022 • 6:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma sempena Aidilfitri.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sesi kutipan bahan buangan itu bermula hari ini sehingga 30 April.

MPAJ memberitahu kutipan sampah pukal seperti perabot dan peralatan elektrik secara percuma itu terus ke rumah pemohon.

Orang ramai boleh menghubungi KDEBWM Waste Management (KDEBWM) menerusi talian 03-42854144 atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, MPAJ di 03-42857044.

Sementara itu, KDEBWM ketika dihubungi menjelaskan operasi pembersihan itu di bawah kendaliannya dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan diminta berhubung dengan pihaknya.

Katanya, kerja kutipan sampah pukal itu akan dijalankan di kawasan terlibat dalam tempoh berkenaan.

image is not available