Polis cari penunggang 'menari' atas motosikal di lebuh raya

3 Apr 2022 • 5:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PORT DICKSON - Polis sedang mengesan seorang penunggang susulan video tular menunjukkan aksinya menari sambil melepaskan tangan di atas motosikal di Kilometer 16-17 di Lebuhraya Seremban- Port Dickson sebelum susur keluar Bandar Springhill.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi rakaman video berdurasi 39 saat yang tular di laman sosial Facebook.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat semakan lanjut dan mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi TikTok pada 25 November tahun lalu.

"Video itu kemudiannya ditularkan semula pada semalam (Sabtu) di media sosial Facebook," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.

"Pihak polis juga menyeru individu yang dikenal pasti dirakam dalam aksi tersebut diminta menyerah diri dengan kadar segera.

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987/Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved