Ibu bapa, komuniti penting dalam usaha pemulihan OKU

27 Apr 2022 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Pembabitan golongan ibu bapa dan komuniti merupakan pendekatan penting bagi usaha pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata intervensi awal akan dapat mengurangkan risiko ketidakupayaan golongan OKU, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Jelasnya, program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang ditubuhkan oleh Kerajaan adalah sangat relevan bukan sahaja kepada kanak-kanak OKU, tetapi juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU.