Bekalan barang keperluan Aidilfitri mencukupi: Zawawi

30 Apr 2022 • 1:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA BHARU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli bahan mentah barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia bagi mengelak berlaku ketiadaan bekalan terbabit sehingga mengakibatkan pengguna lain terkesan kerana sukar mendapatkan barangan yang diingini.

"MAFI telah berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar ayam dan pengimport daging, malah mereka sedia memberi kerjasama memastikan bekalan makanan di musim perayaan mencukupi,” kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Syawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dekat Tunjong, di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengguna kini boleh menikmati harga diskaun 10 hingga 20 peratus bagi bekalan bahan mentah itu menerusi pelaksanaan Program My Best Buy Karnival Raya yang membabitkan 797 outlet pemasaran di seluruh negara yang dianjurkan MAFI. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved