PM rai penjawat awam berbuka puasa

8 Apr 2022 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Lebih 700 penjawat awam dirai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana dekat sini pada Jumaat.

Ismail Sabri yang lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu tiba jam 7 malam, diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Sejurus tiba, beliau meluangkan masa beramah mesra dengan penjawat awam.

Selepas berbuka, Ismail Sabri menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum kembali ke meja hidangan.

image is not available

Seramai 51 anak yatim dari Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, Selangor turut dirai Perdana Menteri dengan menerima wang tunai pada majlis tersebut.

Majlis berakhir dengan moreh selepas selesai solat Isyak dan tarawih berjemaah.